Khasiat Teh Hijau

Pengenalan

khasiat teh hijau

Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.

Perkataan “teh” juga digunakan, secara lanjutan, untuk sebarang rendaman buah atau herba; sebagai contoh, “teh rosehip” atau “teh camomile“. Dalam kes ini di mana tidak terdapat daun teh Camellia sinensis, sesetengah orang cenderung memanggil mereka “tisane” atau “teh herba” untuk mengelakkan kekeliruan. Rencana ini adalah mengenai teh “biasa”, Camellia sinensis.

khasiat teh hijau 1

Khasiat

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

  • Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.
  • Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.
  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.
  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.
  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.
  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
  • Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
  • Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

 

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

khasiat teh hijau 3

Tanaman Teh di asia

Air teh ais yang popular dikawasan tropika

Teh Indian dan Ceylon biasanya diberi nama menurut kawasan asal: Darjeeling, Assam, Ceylon, dll. dan lebih lanjut lagi menurut ladang dan gred untuk daun berkualiti: contoh, “Darjeeling Lingia FTGFOP1”.

Bagi teh Ceylon dari Sri Lanka nama gred menentukan saiz/gambaran teh tetapi bukan kualiti. Ketiadaan piawaian dalam gred pasaran menyukarkan untuk menggambarkannya dengan tepat. Teh Ceylon boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

  1. Gred asal daun teh yang dibuat oleh peneroka teh Ceylon.
  2. Gred kepingan daun yang digunakan masa kini.

Senarai gred daun teh Ceylon:

  • Orange Pekoe (O.P.) – daun panjang, nipis, berkedut wiry yang kadang-kala mengandungi pucuk. Warna airnya ceroh light atau pucat.
  • Pekoe (Pek.) – Daun lebih pendek dan tidak begitu berkedut berbanding O.P., tetapi cecair secara umumnya mempunyai warna lebih gelap.
  • Souchong (Sou.) – Daun tebal dan bulat, dengan warna air pucat.
  • Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe (B.O.P. atau BOP) – Gred ini merupakan paling laku. Ia lebih kecil berbanding gred daun lain dan mengandungi pucuk. Airnya mempunyai warna dan rasa yang baik.
  • Pekoe Pecah Broken Pekoe (B.P.) – Besar sedikit berbanding B.O.P., dangan warna lebih pucat dalam cawan; kebanyakannya digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
  • Pekoe Souchong Pecah Broken Pekoe Souchong (B.P.S) – Lebih besar berbanding B.P. dan dengan itu lebih pucat dalam cawan, tetapi juga digunakan sebagai pengisi dalam campuran.
  • Perca Orange Pekoe Pecah Broken Orange Pekoe Fannings (B.O.P.F.) – Gred ini amat laku, terutama di UK. Ia lebih kecil berbanding B.O.P. dan kebaikannya adalah cepat dibancuh, dengan warna terang dalam cawan.

Sejumlah kecil gred Tippy atau Bunga Flowery (termasuk Flowery Orange Pekoe (F.O.P) dan Flowery Broken Orange Pekoe (F.B.O.P) dihasilkan. Ia biasanya lebih mahal untuk dihasilkan berbanding gred biasa , kerana ia membabitkan pemilihan pucuk dengan tangan.

Di Assam, gred teh utama yang dihasilkan adalah flowery pekoe (FP), orange pekoe (OP), pekoe (P), pekoe souchong (PS), dan souchong (S), dengan gred teh perca BOP = Broken Orange pekoe; FOP = Flowery Orange Pekoe; TGFOP = Tippy Golden Flowery Orange Pekoe; FTGFOP = Finest Tippy Golden Flowery Orange Pekoe.

Teh China dan Jepun mempunyai nama tradisi Jepun atau China sendiri: Genmaicha (玄米茶), Houjicha (焙じ茶), Pouchong (包種茶), dll. Sesetengah nama tradisi berkait dengan kawasan penghasilan teh atau ciri-ciri muka bumi yang jelas, tetapi nama lain lebih berkaitan dengan pemprosesan teh atau rupa teh yang diproses.