Khasiat Pokok Kelulut

Pengenalan 

Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Walaupun buahnya adalah sebesar bijik mancis, tetapi ia sememangnya cukup senang terlekat pada pakaian atau
kain sesaorang.Ini disebkan buahnya itu disaluti oleh bulu yang sememangnya agak sensitif pada pakaian ataupun kain yang kita pakai.

khasiat Pokok Kelulut 1

Khasiat

Bagaimanapun menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI,
serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, pokok ini turut mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba.
“Kelulut atau nama saintifiknya, Urena lobata, mempunyai keistimewaan yang nyata jika dilihat pada aspek
perubatan herba atau tradisional,” katanya.
Beliau menambah, hakikat ini adalah berdasarkan kepada pengakuan pengamal-pengamal perubatan
tradisional,” katanya lagi.
Antara keistimewaannya, jelas beliau adalah untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ialah mengambil akar
pokok kelulut tersebut.
Caranya yang sering diamalkan adalah ambil akar pokok kelulut dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian
kunyahkannya  perlahan-lahan.
Akar pokok kelulut juga, tambah Dr Zamzam lagi, turut digunakan bagi merawat demam yang berpanjangan.
Katanya akar tersebut ditumbuk terlebih dahulu sehingga agak lumat sedikit dan setelah itu, kisarkanya dengan
sedikit air.
Selepas itu, tapiskannya bagi mendapatkan air atau jusnya. Dan minumlah secara perlahan-lahan.
Tetapi untuk merawat luka-luka pula, kata beliau, adalah agaknya berlainan sedikit, walaupun ia mudah
dilakukan.
“Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya. Tumbuk sehingga lumat dan pupukkannya ditempat luka
tersebut,” katanya
khasiat Pokok Kelulut
Cara-cara penggunaan :
Mengurangkan Sakit Gigi
1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.
2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.
3. Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.
1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.
2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.
3. Seterusnya, anda perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.
4. Selepas itu, tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.
5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.
Merawat Luka
1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.

 

Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)

2. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.
3. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.
khasiat Pokok Kelulut 2

Laman web ini mengandungi artikel yang sesuai untuk yang sudah berkahwin sahaja. Dan ianya bertujuan untuk pendidikan dan promosi produk sahaja. Bagi yang tidak berkenaan, sila tutup laman web ini dengan segera. Kami tidak bertanggungjawab dengan salah-guna laman web ini. Terima kasih.