Khasiat Pokok Alang-alang/Lalang

Pengenalan

Alang-alang

Nama saintifik tumbuhan dari famili Gramineae ini ialah Imperata cylindrical L. Rumpai ini biasanya dikenali dengan panggilan lalang. Alang-alang sering tumbuh meliar di tanah yang terbuka atau sedikit terlindung, termasuklah kawasan kebun dan ladang. Rumpai ini boleh hidup sehingga 2700m dari paras laut dan sering digunakan untuk perubatan adalah akarnya.

Ciri dan khasiat

Rumput alang-alang berfungsi sebagai pembersih darah, peningkat selera makan, penawar sakit kuning, keradangan ginjal akut, demam, batuk, kesesakan nafas, muntah berdarah, kencing bernanah dan hidung berdarah.

Khasiat alang-alang 1

Khasiat

Manfaat tumbuhan alangalang terutama berasal dari bahagian akarnya. bahagian akar tumbuhan alangalang mempunyai pelbagai unsur kimia yang sangat berguna untuk kesihatan. Beberapa unsur diantaranya adalah glukosa, mannitol, asam sitrat, arundoin, fernerol, esin, polifenol, taninin, dan alkali. Unsurunsur kimia ini membuat alangalang menjadi antipiretik yang berfungsi untuk menggugurkan kencing (deuretic), menurunkan panas, menghentikan pendarahan (hemostatik), dan menghilangkan rasa haus.
Secara lebih khusus, manfaat tumbuhan alangalang adalah untuk mengatasi bengkak yang timbul akibat radang buah pinggang, bengkak (lebam) dan jangkitan saluran kencing. Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan akibat darah panas seperti hidung berdarah, batuk darah, air kencing berdarah, dan muntah darah. Alangalang digunakan juga untuk merawat buasir serta mengatasi demam yang disertai dengan rasa batuk, selesema, sesak, haus. Tidak hanya itu, khasiat alangalang juga terletak pada kemampuannya untuk mengatasi sakit kuning dan tekanan darah tinggi.

Selain dari akar, manfaat tumbuhan alangalang juga berasal dari bunga. Bunganya boleh digunakan dalam rawatan hidung berdarah dan batuk darah yang timbul akibat penyakit paru. Alangalang boleh digunakan dengan 2 cara, diminum atau digunakan untuk rawatan luar. Jika hendak diminum, alangalang direbus akar atau bunga. Bila yang digunakan adalah akar yang kering beratnya sekitar 15-30 gram, untuk yang masih segar 30-60 gram. Adapun untuk bunganya, gunakan sekitar 5-10 miligram. Bila masih tunas muda sekitar 5-10 gram. Selain itu akar juga boleh ditumbuk lalu diperah airnya. Boleh juga dikisar kemudian dijadikan serbuk. Adapun untuk mendapatkan khasiat alangalang melalui pemakaian luar, yang digunakan adalah bulir bunga serta tangkainya yang kemudian digiling halus lalu dibubuhkan pada luka. Hasil gilingan disumbatkan ke dalam hidung jika hendak digunakan untuk menghentikan pendarahan.Selain alangalang ada juga manfaat daun yang tidak kalah hebat Manfaat Tanaman Dadah Keji Beling.

Khasiat alang-alang 2

Habitat

Pokok alang-alang biasanya tumbuh dikawasan lapang atau padang. Ini kerana pokok ini dapat membiak dengan cepat. Cara pembiakan pokok alang-alangĀ  biasanya melalui bijih benih dengan cara tiupan angin dan disebarkan ke merata tempat.