Carta Bacaan Ujian Dalam Darah Dan Keteranganya.

 

Fasting Blood Sugar  (FBS) ­- Ia ujian yang dilakukan dimana pesakit telah menjalani puasa sekurang kurangnya lapan jam sebelum melakukan ujian.

2-Hour Postprandial Blood Sugar  (2HPBS) – Ia ujian yang dilakukan kepada pesakit selepas dua jam pesakit tersebut mula makan. Ujian ini untuk mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin pada pesakit.

Random Blood Sugar  (RBS) – Ia ujian kadar gula secara rawak dilakukan tanpa pesakit tersebut berpuasa sebelum melakukan ujian. Jika bacaan gula dalam darah pesakit tersebut luar biasa mahupun terlalu tinggi, ia kemungkinan besar mengidap penyakit Diabetes. Walau bagaimanapun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Ia perlu menjalani ujian selanjutnya.

 

Oral Glucose Tolarance Test (OGTT) -Khas buat ibu-ibu yang hamil untuk pemeriksaan sama ada mengidap penyakit Diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk ujian sebelum dan selepas diberi minum air gula. Penyakit Diabetes sangat berisiko untuk ibu-ibu yang hamil.

  • Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal) – Jika bacaan yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan baik. Normal dan bebas dari penyakit Diabetes.

  • Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes) – Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi untuk menghidap penyakit Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi penyakit Diabetes.

  • Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes) – Jika anda menerima bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap penyakit Diabetes. Sila dapatkan nasihat dari doktor segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *