Amyra, Amar Selamat diijabkabulkan

HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Amar Baharin sah menjadi suami kepada Amyra Rosli, sebentar tadi.

amar

Pasangan dinikahkan oleh bapa Amyra, Rosli Awang dan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur tepat jam 5.15 petang.

Amyra, atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, 25, menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh buat pengantin lelaki.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan ini akan diadkaan pada hari esok di lokasi sama bermula jam 7.30 malam.

Terdahulu, Amar dan Amyra telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada 22 Julai lalu.

 

*sumber: beritaharian.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman web ini mengandungi artikel yang sesuai untuk yang sudah berkahwin sahaja. Dan ianya bertujuan untuk pendidikan dan promosi produk sahaja. Bagi yang tidak berkenaan, sila tutup laman web ini dengan segera. Kami tidak bertanggungjawab dengan salah-guna laman web ini. Terima kasih.